Jul 16, 2012

Popia simpul nestum

Yang ni yani tak penah nampak, apatah lagi merasa. Nak je aku pos campak depan pintu rumah dia hahaha. Nah yani recepi untuk hang buat kat rumah.

Bahan2
Nestum kampit besar 500 gram dikisar
Susu nespray pack kecik diayak
gula satu cawan dikisar dan diayak
popia

Cara2
Gaulkan nestum yang telah dikisar bersama susu dan gula.
Gunting popia dan simpulkan. Kemudian goreng popia yang telah disimpul. Apabila siap digoreng boleh gaulkan bersama campuran nestum tadi semasa sedang panas (supaya nestum boleh melekat di popia yang sedang berminyak). Boleh disimpan dalam balang untuk kunyah2 sambil tengok hindustan =)